Adab

Dengan bermotokan “Ilmu Bertunjangkan Adab”, asas pendidikan utama yang ditekankan di Sekolah Al-Ghazali ialah penghayatan Tauhid dan Adab.

Justeru pendekatan pendidikan di Madrasah atau Pondok diambil dan diterapkan di Sekolah Al-Ghazali seperti latihan khidmat setiap hari, majlis zikir, majlis Maulid diadakan setiap Jumaat.

Pintar & Cerdas

Sekolah Al-Ghazali menggabungkan sistem pendidikan terbaik yang diambil serata dunia bagi melahirkan pelajar yang pintar, cerdas dan cergas seperti latihan senaman ‘Taiso’ dan aktiviti ‘pika-pika’ (mengilatkan) yang diambil daripada Jepun dan juga sistem ‘Ghazali Children Project’ dari US.

Pembayaran atas talian

Untuk sistem maklumat pelajar dari segi pencapaian akademik, aktiviti pelajar, dan pembayaran yuran, Sekolah Al-Ghazali menggunakan sistem atas talian ‘online’ iaitu Advance School Information System (ASIS) bagi memudahkan para Ibubapa mendapatkan maklumat pelajar hanya di hujung jari.

Konsep Hibah

Bermula Tahun 2019, Sekolah Al-Ghazali memperkenalkan sistem ‘Zero Yuran’ di mana terma Yuran ditukarkan kepada Hibah. Ibubapa boleh memberi kadar Hibah atau hadiah atau sumbangan mengikut kemampuan kepada Baitul Mal Sekolah.

Jika mereka tidak mampu untuk memberi sumbangan, mereka boleh membantu dengan mencari infaq atau zakat untuk diberikan kepada Baitul Mal Sekolah tanpa terikat dengan jumlah atau bulanan, yang penting mereka mencari pahala jihad, semakin banyak mereka membantu, semakin banyak mereka mendapat pahala. Hasilnya bukan sekadar anak-anak mereka dapat belajar, tetapi juga anak sahabat dan saudaranya yang lain juga. Inilah konsep taawun dan fastabiqul khairat yang diterapkan dalam sistem ‘Zero Yuran’ Sekolah Al-Ghazali.

Bayar Zakat Melalui SAG

Semua jenis zakat boleh dibayar melalui Sekolah Al-Ghazali. Semenjak dilantik sebagai Penolong Amil Zakat bagi LZS pada tahun 2019, sehingga kini Sekolah Al-Ghazali telah menjadi antara pengutip zakat tertinggi dan hasil kutipan zakat tersebut telah banyak membantu pembangunan sekolah dan membantu pelajar-pelajar asnaf dan tidak berkemampuan. Marilah berzakat melalui Sekolah Al-Ghazali!