Loading...

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SRI INTEGRASI TAHFIZ AL-GHAZALI BANDAR SAUJANA PUTRA (SAG)

Assalamualaikum wbt. Segala puji dan syukur hanya pada Allah SWT atas segala kurniaan-Nya dan kurniaan-Nya yang teragung adalah pengutusan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat seluruh alam. Saya Ustaz Mohd Faiz Md Yasin selaku Guru Besar SRI Integrasi Tahfiz Al-Ghazali tersangatlah berbesar hati kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di SAG merupakan sebuah sekolah swasta yang telah beroperasi bermula dengan hanya satu blok iaitu blok 78 pada tahun 2017 dan sekarang berkembang di blok 78-1,2,3 dan 80-1,2 Jalan SP 1/2, Bandar Saujana Putra.

SRIIT AL-GHAZALI diasaskan oleh Guru yang dikasihi iaitu Walid Ibrahim Al-Malik. Peringkat awal sekolah ini menggunakan platform NGO – HaRum untuk menampung keperluan sekolah. Kemudian pada Jun 2019 secara rasminya Sekolah Al-Ghazali telah dilantik sebagai Penolong Amil Zakat bagi Lembaga Zakat Selangor dan membolehkan pelbagai pihak membayar pelbagai jenis zakat melalui sekolah. Sekarang kami mempunyai 30 staf dan guru-guru yang terlatih bagi melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia dan beradab, dan seterusnya berjaya dalam akademik. Alhamdulillah perkembangan pelajar dari tahun ke tahun dan maklumbalas yang baik daripada ibu bapa menjadi semangat kepada kami untuk terus ikhlas dalam mendidik anak-anak sebagai pewaris kepimpinan masa depan. Semoga SAG terus maju dan mendapat sokongan semua lapisan masyarakat.

Seterusnya..

ENCIK MOHD FAIZ BIN MD YASIN

Guru Besar Sekolah Al-Ghazali

5 NILAI TERAS SEKOLAH AL-GHAZALI

100%

ADAB

100%

CINTA

100%

TAAT

100%

KHIDMAT

100%

FAKIR

Adab

Asas pendidikan utama yang ditekankan di Sekolah Al-Ghazali ialah penghayatan Tauhid dan Adab…

Pintar & Cerdas

Sekolah ini menggabungkan sistem pendidikan terbaik yang diambil serata dunia…

Pembayaran atas talian

Sekolah Al-Ghazali menggunakan sistem atas talian ‘online’…

Konsep Hibah

Terma Yuran ditukarkan kepada Hibah Pendidikan…

Mendapat kelulusan JAIS

Alhamdulillah, Sekolah Al-Ghazali juga telah berdaftar dan mendapat kelulusan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

APA KATA IBU-BAPA

“Perubahan positif pada anak saya, dia mudah melakukan ibadah terutamanya ibadah solat dan ringan tulang untuk membantu ibu dan ayahnya di rumah”

Puan Rosni binti Yunus

“Pendapat saya berkenaan Sekolah Al Ghazali, sekolah ini adalah satu usaha ke arah pendidikan yang bertunjangkan Islam yang mengutamakan Pembangunan Modal Insan yang berkeperibadian dan berakhlak mengikut ajaran Islam.

Antara kesan positif yang saya lihat pada anak saya setelah mereka bersekolah di sekolah ini ialah anak saya lebih sopan dalam berbicara terutama kepada ibu bapa dan mudah menerima teguran dan nasihat dari ibu bapa”.

Puan Nik Norazlinawaty binti Jusoh

APA KATA PELAJAR

“Saya suka sekolah al-Ghazali sebab ade banyak aktiviti seperti majlis maulid, dapat berkhidmat dengan guru-guru bersama rakan-rakan di sekolah ini”.

Aazra Musfirah Madeenah Bt Mustaza, Kelas 2 Al-Qusyasyi

“Saya suka sekolah Al-Ghazali ni kerana dapat banyak belajar selawat baru, dan juga saya belajar untuk menyumbang kepada orang yang lebih susah”.

Ahmad Husam Bin Zulhazmi Fitri, Kelas 4 Al- Baghdadi

Anda ada soalan?

InsyaAllah pihak kami akan segera membalas maklumbalas dan pertanyaan anda dengan kadar segera.

HUBUNGI KAMI SEKARANG