ADAB
Mengutamakan adab dalam setiap keadaan dan situasi. Kemuliaan seseorang insan itu diukur dengan ketinggian adab. Adab adalah lambang peribadi seorang muslim yang unggul.


CINTA
Menyuburkan perasaan kasih sayang dan cinta. Ia adalah suatu bentuk kecintaan yang berdasarkan cinta Allah dan Rasul. Cinta yang benar akan membuahkan suatu kehidupan dengan Allah, Rasulullah, manusia sekeliling dan alam seluruhnya.
TAAT
Taat adalah kesan daripada Cinta. Apabila cinta kepada seseorang, kita pasti akan taat kepadanya tanpa berbelah bahagi. Seorang hamba perlu cinta dan taat kepada Tuhan, manakala seorang murid perlu cinta dan taat kepada gurunya.


KHIDMAT
Bersedia dan mempunyai keinginan untuk berkhidmat. Khidmat adalah untuk melatih sifat ikhlas, redha dan menghilangkan sifat ego dalam diri. Khidmat juga merupakan salah satu jalan pintas untuk memperoleh keberkatan ilmu.
FAKIR
Berjiwa faqir ialah sentiasa merendah diri walaupun mempunyai pelbagai kelebihan. Tidak melihat kelebihan yang dikurniakan sebagai miliknya tetapi milik Allah jua. Faqir bagi seorang murid ialah sentiasa dahagakan bimbingan dan tunjuk ajar sang guru.
