HIBAH DERMAWAN

Sekolah Al Ghazali mengambil pendekatan memperkasakan sistem pengurusan harta dalam Islam dengan mengamalkan pelaksanaan Hibah dan Infaq.

Pembayaran kos pengajian di Sekolah Al Ghazali adalah melalui pembayaran Hibah secara bulanan oleh ibu bapa. Hibah bermaksud Hadiah. Meskipun secara asasnya pihak sekolah telah menetapkan kadar hibah bulanan yang perlu dibayar oleh ibu bapa , namun ibu bapa boleh membayar hibah tersebut mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Akad hibah dipilih untuk menggantikan yuran bulanan adalah kerana skop kebajikannya yang meluas bukan sahaja pahala untuk penyumbang bahkan memberi kebaikan kepada masyarakat dan pembangunan sekolah.

Kami juga membuka peluang hibah daripada sekalian dermawan untuk diberikan kepada pihak sekolah kami sebagai asas kebersamaan dalam membantu membangunkan institusi pendidikan dalam pengamalan konsep kebajikan dan kasih sayang.

Manakala mekanisma kedua adalah Infaq. Kami membuka seluasnya ruangan infaq kepada semua untuk menyumbang kepada keberlansungan institusi pendidikan agama
agar tiada lagi yang terkecuali untuk mendapatkan pendidikan yang holistik.

Kami berhasrat agar inisiatif pemerkasaan hibah dan infaq ini memberi kebaikan kepada semua.

TUTORIAL CARA MEMBUAT BAYARAN

Sila tonton dahulu video tutorial untuk cara membuat bayaran. Terima kasih

Pembayaran boleh dibuat disini

Sila klik butang pembayaran dibawah