MOTO
“ILMU BERTUNJANGKAN ADAB”
Dalam perjalanan menuntut ilmu, perlulah didasari dengan ketinggian adab. Kerana tanpa adab, ilmu yang dituntut itu akan hilang nilai keberkatannya.
Tanda keberkatan ilmu ialah walaupun sedikit ilmu yang dipelajari, ianya bermanfaat dan tidak membuahkan kesombongan. Kalam hikmah dari Imah Malik r.h: “Jadikan ilmumu sebagai garam dan adab mu seperti tepung”. Maksudnya adab hendaklah mendahului ilmu.


VISI SEKOLAH
Sekolah Al-Ghazali berhasrat melahirkan generasi insan rabbani yang berakhlak mulia dan mempunyai “wawasan rahmatan lil ‘alamin”.
MISI SEKOLAH
Membimbing murid agar mencapai:
- Keutuhan iman dan kecintaan kepada Allah
- Kehalusan adab yang berpakaian akhlah muhammadiah serta bersendikan adat budaya bangsa.
- Kebijaksanaan berfikir dan bertindak dalam membawa kesejahteraan kepada masyarakat & negara
