YURAN

Di Sekolah Al-Ghazali, pembayaran kos pengajian adalah melalui pembayaran Hibah secara bulanan oleh ibu bapa.
Hibah bermaksud HADIAH. Oleh itu, walaupun secara asasnya pihak sekolah telah menetapkan kadar HIBAH bulanan yang perlu dibayar oleh ibu bapa (boleh dapatkan info kadar bayaran HIBAH bulanan daripada guru kelas), namun ibu bapa boleh membayar HIBAH tersebut mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
Ibu bapa juga sangat digalakkan untuk sama-sama berusaha bagi mendapatkan INFAQ untuk Sekolah Al-Ghazali daripada orang ramai.

Jumlah INFAQ tidak ditetapkan. Mengikut kadar kemampuan yang ibu bapa boleh dapatkan.
Untuk pelaksanaan pencarian INFAQ, ibu bapa boleh menggunakan buku Voucher Infaq yang bernilai RM20/RM50 yang telah disediakan oleh pihak sekolah (boleh dapatkan buku voucher tersebut daripada guru kelas)
Konsep ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membuka ruang kebajikan kepada sesiapa sahaja tanpa paksaan.
Dengan HIBAH, pahala kebajikan yang ibu bapa dapat adalah lebih besar berbanding pembayaran yuran.
Dengan INFAQ, kita kongsikan ruang kebajikan kepada sesiapa sahaja yang berminat.
TUTORIAL CARA MEMBUAT BAYARAN
Sila tonton dahulu cara pembayaran untuk yuran kemudian boleh la terus membuat pembayaran.
